Recent update

Subscribe to RSS feed

SALAM AIDILFITRI!!

October 18th, 2006 by amy3-cumel

Assalamualaikum..=))

diam x diam..pejam celik pejam celik dah nak dkt sebulan kita berpuasa ek…

so dikesempatan ini ingin kuucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri..

kepada member2 yg pernah menjadi memberku..ampun dan maaf ku pinta dari korg sekalian..ku tahu betapa banyaknya dosa yg kulakukan..buanglah yg keruh..ambil yg jernih..

Posted in Uncategorized | | | 0 Comments

BALASAN BAIK HINDARI MARAH!!

October 6th, 2006 by amy3-cumel

Abu Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan:

Ada

seorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah S.A.W duduk di sebelahnya. Baginda diam sahaja, begitu juga Abu Bakar.

Selepas orang itu selesai  memaki hamun dgn mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah S.A.W bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad S.A.W dan bertanya kepada Rasulullah.

Rasulullah S.A.W lantas menjawab: ”Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika egkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan tidak suka duduk bersama syaitan.”

Rasulullah S.A.W bersabda lagi: ”Allah Ta`ala akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah Ta`ala.”

Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah S.A.W ada bersabda: ”Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam.

”Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring.”

”KESABARAN ADALAH TUNJANG KEKUATAN DAN KEBAHAGIAAN DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT…”

Posted in Uncategorized | | | 0 Comments

RAMADAN 2006!!

October 2nd, 2006 by amy3-cumel

Alhamdulillah..syukur kepada Allah..ramadan kembali lagi pada tahun ini..

April tahun depan genaplah umurku 20tahun..umur yang dikatakan meningkat dewasa..umur yang makin mengenal dunia dan matang dari segi pemikiran..

Di sini di mana tempatku berpijak, di bumi UPSI makin banyak hal2 yg perlu ku hadapi..fhm2 je lah..

Siapa yg dok u tu tau la pe yg best bulan pose nih..bazar ramadan..depan Kolej Ungku Omar ni, ada bazar so sng btol nak bli juadah..hehehe..

Budak rumah ckup baik dgnku..bagaikan saudara dan tanpa segan silu nk cter problms..bestnyaa…

Hm..sempena bulan yg mulia ni..telah kutanamkan dalam diriku untuk berhijrah..hijrah ini mmg payah tapi hijrah ini menuju Allah, di hujungnya khazanah..insya-Allah..

Lagi satu nikmat yg amat kusyukuri sempena bulan Ramadan ini ialah dgn mudah nya hatiku menunaikan ibadah terawikh..Alhamdulillah..semoga Allah memberi ketenangan jiwa kepadaku dan umat Islam seluruh dunia..amin..

Posted in Uncategorized | | | 0 Comments

Categories

Archives

Meta