Recent update

Subscribe to RSS feed

BALASAN BAIK HINDARI MARAH!!

October 6th, 2006 by amy3-cumel

Abu Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan:

Ada

seorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah S.A.W duduk di sebelahnya. Baginda diam sahaja, begitu juga Abu Bakar.

Selepas orang itu selesai  memaki hamun dgn mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah S.A.W bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad S.A.W dan bertanya kepada Rasulullah.

Rasulullah S.A.W lantas menjawab: ”Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika egkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan tidak suka duduk bersama syaitan.”

Rasulullah S.A.W bersabda lagi: ”Allah Ta`ala akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah Ta`ala.”

Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah S.A.W ada bersabda: ”Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam.

”Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring.”

”KESABARAN ADALAH TUNJANG KEKUATAN DAN KEBAHAGIAAN DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT…”

Posted in Uncategorized | | |


Leave a reply


Categories

Archives

Meta