Recent update
Doaku Pd Bulan Suci…
September 24th, 2007 by amy3-cumel
Ya Allah..terlalu banyak musibah yang Kau timpakan ke atas keluarga kami. Tabahkanlah hati kami supaya dapat kami tempuhi hari-hari yang penuh kesukaran ini dengan hati yang terbuka. Sesungguhnya dugaan yang Kau turunkan itu penuh dengan hikmah yang tersembunyi.
Ya Rabbul Izzati, Tuhan Maha Mengetahui, Maha Mengasihi.. Kau cucurilah rahmat-Mu ke atas arwah nenekku, MEK BINTI DERAMAN yang telah selamat pergi ke rahmatullah pada 20hb September 2007 bersamaan 7 Ramadhan 1428 iaitu pada hari Khamis lepas. Perginya arwah memberi seribu kesedaran pada anak, cucu, cicitnya yang tersayang bahawa tiada lagi orang tua di kampung tetapi yang ada hanyalah pusara yang kaku. Adakah kami akan pulang ke kampung pada 1 Syawal untuk menyambut Aidilfitri seperti kebiasaannya? Atau kami hanya pulang untuk sementara waktu sahaja singgah di pusara itu dan meratap sayu dengan iringan dendangan Kalamullah, Yassin..
Tidak!! Kami tidak akan melupakan kampung halaman yang sudah sekian lama terpahat dalam jiwa kami. Kami tetap akan pulang membersihkan rumah di kampung, memasang pelita di sepanjang susur jalan ke rumah kami, dan memasak juadah raya yang enak-enak. Tiadanya mok(nenek) dan cek(atuk) serta ayoh(atuk), tidak bermakna suasana aidilfitri di kampung juga sudah tiada. Akan kami hidupkan seolah-olah mok, cek dan ayoh ada menyambut hari raya bersama kami.
Ya Tuhan Maha Besar, Maha Penyayang..berikanlah pelindungan, kesihatan dan kebahagiaan ke atas ahli keluarga baru kami, AHMAD AMEER BIN AZIZI dan ibu bapanya yang redha menerima dugaan yang besar itu Ya Allah. Ahmad Ameer telah selamat dibedah pada 22hb September 2007 yang lepas kerana kejadian Tuhan Yang Maha Kuasa itu, posisi jantungnya songsang dan perlu dibedah untuk mendapatkan komposisi oksigen 100%. Kini anak kecil itu berada di bawah penjagaan rapi oleh pihak hospital. InsyaAllah..segalanya akan sempurna kembali. Ya Allah.. Kau pulihkanlah kesihatan anak kecil itu dan kurangkan kesakitan yang dialaminya. Aminn.. Allahuakhbar!!
Posted in diari | | | 0 Comments
Sunat Tarawikh..
September 17th, 2007 by amy3-cumel
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W.,
sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang
fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan . . .
Malam 1
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua
ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Malam 3
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang
terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di
Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf
di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap
batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan
dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi
‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang
telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi
Muhammad S.A.W.
Malam 10
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan
di akhirat.
Malam 11
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu
dilahirkan.
Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya
ibadatnya).
Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap
kejahatan dan keburukan.
Malam 14
datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah
tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan
mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16
Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan
dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini
sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18
Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada
engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan
orang-orang solihin.
Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan
kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga
daripada nur.
Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam
ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama
40 tahun ibadat.
Malam 27
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas
atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di
akhirat.
Malam 29
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang
mabrur.
Malam 30
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada
malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini
hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga
yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang
dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."
Posted in pesanan | | | 0 Comments
Baby Ramadhan…
September 13th, 2007 by amy3-cumel
tengahri semalam ahli keluarga aku telah bertambah seorang..beliau adalah seorang budak yang sangat kecik dan tersangatlah comel..biarpun aku tak sempat melihat beliau kerana busy dengan hal2 kat upsi nih, tapi naluriku sungguh kuat mengatakan beliau memang sangat2 comel..akan kucubit2 pipinya yang sangat gebu itu, dan akan aku main cak-cak dengan dia..as if he understand what his makteh playing about,hakhakhak..aku pun dah start ber’day-dreaming’ apa yg aku nak wat tatkala aku berjumpa dengan beliau..
oleh kerana aku sering ber’day-dreaming’ begini, aku sungguh tension sekali kerana plan memang nak balik somban minggu ni tapi x jadi disebabkan oleh test yang berlambak-lambak..sabtu ni test kalkulus, ahad lak test kimia dan hari isnin pula test psikologi pendidikan…hmmm..mane tak tension..di kala ini aku sedang bertungkus lumus menyiapkan assignment aku..nasib baik dah siap..tinggal lab report fizik aje yang tinggal..tu pun nak hantar esok petang..moral of the story..jangan wat kije lembap sangat dan jangan bertangguh-tangguh kijer nih..paham asma!!?? hakhakhakk..sekian..
Posted in diari | | | 1 Comments
Pilihan Hatiku…
September 10th, 2007 by amy3-cumel
Jika memang dirimu
Bukanlah menjadi pilihan hatiku
Mungkin sudah takdir
Kau dan aku takkan mesti bersatu
Harus selalu kau tahu
Ku mencintainya di sepanjang waktuku
Harus selalu kau tahu
Semua abadi untuk selamanya
Kerana ku yakin cinta dalam hatiku
Hanya miliknya sampai akhir hidupku
Kerana ku yakin di setiap hembus nafasku
Hanya dirinya yang selalu ku rindu
Harus selalu kau tahu
Ku mencintainya di sepanjang waktuku
Harus selalu kau tahu
Semua abadi untuk selamanya
Kerana ku yakin cinta dalam hatiku
Hanya miliknya sampai akhir hidupku
Kerana ku yakin di setiap hembus nafasku
Hanya dirinya satu yang selalu kurindu.
Jika memang dirimu
Bukanlah menjadi pilihan hatiku
Pasti terselindung hikmah di situ
Ku pasti kau akan tahu…
Posted in diari | | | 0 Comments
SAHABAT ATAU KEKASIH??
September 2nd, 2007 by amy3-cumel
Perasaan cinta dan sayang hadir tanpa diundang. Bermula dari perkenalan biasa tidak kiralah melalui apa-apa sahaja medium sekalipun sehingga menjadi sahabat dan akhirnya bibit-bibit cinta mula mekar dalam diri masing-masing. Apakah semudah itu kaum adam ini menukar perasaannya dari perasaan sebagai seorang sahabat menjadi kekasih hatinya? Apakah pula implikasi dan respon terhadap si dia? Di sini terdapat beberapa pendapat umum dan logikal untuk diterima.
Sebenarnya nilai persahabatan merupakan satu nilai yang tinggi. Disebabkan itu, seorang yang menghargai nilai persahabatan itu memandang sahabatnya sebagai tempat untuk menyatakan segala-galanya, dan sahabatnya itu sebagai tempat untuk berkongsi masalah. Bagi saya, persahabatan itu tidak mengira umur, pangkat dan darjat mahupun jantina. Jadi seseorang itu boleh bersahabat dengan sesiapa sahaja yang dia mahu kerana seperti kata-kata yang dipetik oleh teman saya, ”itu adalah hak asasi manusia”. Perlu diketahui juga apakah tujuan seseorang untuk bersahabat, adakah untuk suka-suka mengisi masa lapang atau untuk menimba ilmu dari sahabat itu kerana bak kata pepatah ”carilah ilmu sampai ke Negara China sekalipun”. Jadi ilmu itu boleh didapati di mana-mana bukan sahaja dari buku atau dalam bentuk tulisan, tetapi dari isi percakapan daripada seorang sahabat juga terkandung ilmu tersebut. Kembali pada tujuan dalam mencari sahabat, berkemungkinan seseorang mencari sahabat demi mencari jodoh dan kemudian membuat pilihan hati antara sahabat-sahabatnya. Ataupun, ”sambil menyelam minum air”, seseorang punya banyak tujuan untuk mencari sahabat atau memang mencari sahabat itu sudah menjadi kewajipan bagi setiap manusia di alam semesta ini. Kerana itu, tidaklah kita menjadi seperti ”katak di bawah tempurung” yang hanya bersendirian dan tidak bersosial kerana manusia saling memerlukan antara satu sama lain untuk melengkapkan hidup mereka seperti seorang manusia yang normal.
Maka timbullah persoalan bagaimana jika perasaan dari seorang sahabat bertukar menjadi kekasih. Kita tidak perlu sebarang alasan untuk mengulas bagaimana perasaan sebegitu boleh terjadi kerana perasaan seorang manusia itu tersangat halus, tidak mudah ditafsirkan dengan kata-kata. Ya, memang benar dalam bersahabat, lelaki dan perempuan, ada kecenderungan untuk mereka saling jatuh cinta . Saya percaya ini berlaku secara semulajadi yang diwarisi dari adam dan hawa. Jadi, tidak sukar untuk menukar perasaan daripada sahabat kepada perasaan sayang terhadap kekasih. Tidak dapat dinafikan bahawa bersahabat terkandung seribu satu manfaat. Tetapi jika salah memilih sahabat, mungkin kita akan terpesong dari landasan dan niat yang sebenar dalam mencari sahabat itu tadi.
Sebenarnya terdapat banyak kebaikan dari kekurangnnya apabila seorang sahabat menjadi kekasih. Kelebihan yang saya fikirkan ialah masing-masing antara mereka pasti sudah mengenali dan memahami antara satu sama lain. Tambahan, segala perilaku, tindak tanduk dan sikap sahabatnya sudah difahami dan dikenali. Mungkin, tanpa disedari dirinya sudah bertemu dengan wanita yang mampu memahami dirinya. Jadi, sedikit demi sedikit perasaannya berubah daripada sahabat bertukar kekasih. Tetapi, kekurangan yang paling utama pula, bila hubungan tersebut terputus di tengah jalan, seorang lelaki itu bukan sahaja kehilangan kekasih tetapi berkemungkinan juga hilang sahabatnya tidak kiralah baharu sahaja berkenalan atau teman lama.
Jadi, setiap individu yang inginkan persahabatan yang positif haruslah juga menerima takdir dengan fikiran dan akal yang positif. Justeru, tidaklah pula terjadinya kehilangan sahabat jika cintanya terhadap sahabat itu tadi tidak kesampaian. Bak kata pepatah ”kawan biar seribu, kasih biar satu”. Maka dengan itu, sahabat harus diterima walau apa sahaja yang sudah berlaku di antara mereka.
Posted in pesanan | | | 3 Comments
KETIKA….
September 1st, 2007 by amy3-cumel
Ketika dia begitu menyayangiku…
Ketika itu aku melukainya
Ketika dia begitu menyukaiku…
Ketika itu aku mengecewakannya…
Ketika dia begitu mengharapkanku…
Ketika itu aku menyakitinya…
Ketika dia begitu menyintaiku….
Ketika itu aku meninggalkannya…
Apakah ini suratan??
Adakah aku mengikut kata hatiku??
Mengapa aku berkelakuan begitu terhadapnya??
Maafkan segalanya…
Posted in diari | | | 0 Comments
Categories
- cerpen raya (3)
- diari (8)
- pesanan (5)
- Uncategorized (8)
Archives
- November 2007
- October 2007
- September 2007
- August 2007
- January 2007
- October 2006
- August 2006
- April 2006
- February 2006
Blogroll

