Recent update
Doaku Pd Bulan Suci…
September 24th, 2007 by amy3-cumel
Ya Allah..terlalu banyak musibah yang Kau timpakan ke atas keluarga kami. Tabahkanlah hati kami supaya dapat kami tempuhi hari-hari yang penuh kesukaran ini dengan hati yang terbuka. Sesungguhnya dugaan yang Kau turunkan itu penuh dengan hikmah yang tersembunyi.
Ya Rabbul Izzati, Tuhan Maha Mengetahui, Maha Mengasihi.. Kau cucurilah rahmat-Mu ke atas arwah nenekku, MEK BINTI DERAMAN yang telah selamat pergi ke rahmatullah pada 20hb September 2007 bersamaan 7 Ramadhan 1428 iaitu pada hari Khamis lepas. Perginya arwah memberi seribu kesedaran pada anak, cucu, cicitnya yang tersayang bahawa tiada lagi orang tua di kampung tetapi yang ada hanyalah pusara yang kaku. Adakah kami akan pulang ke kampung pada 1 Syawal untuk menyambut Aidilfitri seperti kebiasaannya? Atau kami hanya pulang untuk sementara waktu sahaja singgah di pusara itu dan meratap sayu dengan iringan dendangan Kalamullah, Yassin..
Tidak!! Kami tidak akan melupakan kampung halaman yang sudah sekian lama terpahat dalam jiwa kami. Kami tetap akan pulang membersihkan rumah di kampung, memasang pelita di sepanjang susur jalan ke rumah kami, dan memasak juadah raya yang enak-enak. Tiadanya mok(nenek) dan cek(atuk) serta ayoh(atuk), tidak bermakna suasana aidilfitri di kampung juga sudah tiada. Akan kami hidupkan seolah-olah mok, cek dan ayoh ada menyambut hari raya bersama kami.
Ya Tuhan Maha Besar, Maha Penyayang..berikanlah pelindungan, kesihatan dan kebahagiaan ke atas ahli keluarga baru kami, AHMAD AMEER BIN AZIZI dan ibu bapanya yang redha menerima dugaan yang besar itu Ya Allah. Ahmad Ameer telah selamat dibedah pada 22hb September 2007 yang lepas kerana kejadian Tuhan Yang Maha Kuasa itu, posisi jantungnya songsang dan perlu dibedah untuk mendapatkan komposisi oksigen 100%. Kini anak kecil itu berada di bawah penjagaan rapi oleh pihak hospital. InsyaAllah..segalanya akan sempurna kembali. Ya Allah.. Kau pulihkanlah kesihatan anak kecil itu dan kurangkan kesakitan yang dialaminya. Aminn.. Allahuakhbar!!
Posted in diari | | |
Leave a reply
Categories
- cerpen raya (3)
- diari (8)
- pesanan (5)
- Uncategorized (8)
Archives
- November 2007
- October 2007
- September 2007
- August 2007
- January 2007
- October 2006
- August 2006
- April 2006
- February 2006
Blogroll
