Recent update

Subscribe to RSS feed

Menyintai Bukan Bermakna Memiliki..

October 2nd, 2007 by amy3-cumel

Janganlah kau angkuh melaungkan…
Si dia kepunyaanmu…

Atau kau kepunyaan si dia …
Kerana hakikatnya…
Kita tidak pernah memiliki sesiapa…
Walau sekeping hati seorang insan…
Tidakkah kau sedar…
Hukum alam menyatakan…
Menyintai tidak semestinya memiliki?…

Manusia pandai berpura…
Berlakon di pentas dunia…
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati…
Tidak pernah berdusta pada empunya…
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya…

Tidakkah kau sedar…
Mungkin si dia melafazkan…
Ungkapan cinta padamu…
Tetapi hati dan perasaannya…
Tidak pernah berniat begitu…
Dia hanya berselindung…
Di sebalik sejuta alasan…

Dan kau…
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..

Sesungguhnya…
"Aku tidak pernah memiliki dirimu…"
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah…
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa…
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita…
Kecuali Dia…
Dia mengasihi hambaNya…
Dia memiliki hambaNya…
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali……

Posted in pesanan | | |


One Response to ' Menyintai Bukan Bermakna Memiliki.. '

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to ' Menyintai Bukan Bermakna Memiliki.. '.

  1.   Mohd Shah said,

    on October 3rd, 2007 at 6:50 am

    Setujuuuuuuuuuuuuuuuuu sangat!!!
    :-)

Leave a reply


Categories

Archives

Meta