Recent update

Subscribe to RSS feed

Penat + Salah ke??

October 4th, 2007 by amy3-cumel

Assalamualaikum..

Hai, arinih nak rock r cket yea..baru best..x mo skema sgt..sebab aku nak lepas tension pada sape2 yang melepaskan tensionnya pada aku..haiyaa..ape la itu orang..

Harini aku penat tahap dewa..pagi tadi bangun2 tido dah kene jawab soklan mekanik yang payah giler..problemass..habis carry mark aku sem nih,huhu..kalu gini ler citernye..aku kene up cket aku nye study bf final nih..bagus gak en.wan wat quiz di kala aku malas nak study ni kan..yo lah,,asik assignment ajer..mane larat nak study..hehe..en.wan nih lecturer kesayangan aku dan zuariyah anak pak hassan tuh, memang kami suka benar ler puji dia..bukan bodek tapi kan dah memang kene berbaik dgn lecturer untuk dpat markah bonus gituh..=)

Sebaik sahaja lepas test mekanik..aku terus g discussion untuk mini project aku yang kene submit pagi jumaat esok..siap kene present time tuh gak..sebelum tuh aku dapat mesej dari org yang melepaskan tensionnya kat aku..pening2..ha, b`balik pada project aku tuh..tajuk project group aku nih adalah ‘free fall motion’ di mana kami ingin mengkaji pecutan graviti pada ketinggian yang berbeza..mula2 pening gak nak perah ilham untuk wat project nih..ingat senang ke, nak kene cari software, pikir lagi cane nak construct model,haha..kan senang amik miss universe aje..kikiki..bnyak gak idea-idea kami yang kene reject oleh kami sendiri..haha..tuh yang sukar tu..tapi xpe,life must go on..akhirnya jumpa gak software yang boleh detect ’sound wave’ yang bernama ‘Visual Analyser’..nak guna software ni pun satu hal gak, sebab dia ada pantang larang..hai,macam2..tapi kitorang teruskan gak..hehe..sume kitorang siapkan sampai petang tadi..bersama kelaparan yang tiada tandingannya itu plus penat tahap dewa tersebut..

Malam ni…… pegi terawikh la..pe lagi..Alhamdulillah..Tuhan telah berikan aku kekuatan untuk berterawikh pada malam-malam sepanjang Ramadan..semoga keluarga, sanak saudara dan sahabat handai aku pun camtuh gak…jom sama2 kita mencari dan terus mencari malam lailatul qadar yang penuh barqah ini..yeye..x sabarnye nak nyanyi lagu ‘esok hari raya..esok hari raya’ dengan riang ria..hehe..

Cuma aku bingung dengan kepenatan hari ini..kenapa ada orang nak melepaskan tensi dia kat aku..pe lah salah aku kat dia? padahal aku dah wat yang sebaik mungkin untuk dia..pelik2..ada sorang teman aku ni plak asik berfikiran negatif aje..sampai membandingkan cara aku berkawan dgn cara barat..aku pelik la..aku nak sgt tanya dia kenapa?kenapa?kenapa?salah ke aku? ya,mungkin aku ada salah ckp di sana sini sampai dia slah tafsir apa yg aku cakap..aku x marah cuma sedih je..memang..kadangkala nasib tidak menyebelahi kita..memang..masalah sentiasa mencampuri urusan hari-hari kita x kira masa bila, di mana jua dan untuk apa.. Untuk apa?? Semuanya ada perkaitan dengan Tuhan..jika kita kaitkan semua masalah kita dengan Tuhan pasti kita akan redha dan sabar dan jika kita kaitkan bahagia dan laba dengan Tuhan pasti kita akan berasa bersyukur dan tenteram..apa-apa pun..fikirlah dari sudut yang positif..dan yang penting TUHAN ITU MAHA ADIL DAN MENGETAHUI..ye lah kan..walau apa sahaja orang yang melepaskan tensionnya kat aku tu nak cakap pe pun..kan..kan..kan..

p/s: jika hidup seseorang itu penuh dengan kesukaran, percayalah suatu hari nanti dia pasti akan berasa kebahagiaan yang amat bermakna walau sesaat sekalipun..
Sekian..

Posted in diari | | |


One Response to ' Penat + Salah ke?? '

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to ' Penat + Salah ke?? '.

  1.   Mohd Shah said,

    on October 6th, 2007 at 9:27 am

    Aikk!!! Dalam sebuk-sebuk pun masih sempat tulis blog panjang-panjang. hihihi…gud gud…baru rawkkkkkkk!!!!

    Insya Allah, kita belajar ni sebenarnya ibadah. Jadi setiap jerih, penat, lelah, airmata, pengorbanan, wang ringgit, masa, daya, usaha, dan lain-lain lagi tu semuanya ada pahala disisi Allah swt. Semoga as teruskan usaha. kerana Allah melihat kepada usaha kita, yang penting niat kita memang kerana Allah swt bukan kerana ada sebab yang lain. Ok? gud girl!

    Heheh…siapa orang yang melepaskan tension pada as tu? kasi sekeh seket…Akekekekekek. :P. Pasal member as yang cari pasal tu, alah biarkan aje dia dengan dunia dia…jangan penat-penat risau fikirkan urusan orang lain. Walaupun ia melibatkan hal kita, kalau kita percaya kita betul kenapa perlu risau pada kata-kata orang. betul tak girl? :-)
    Oklah, nanti komen shah ni jadi satu entri plak. hihihi

    Jaga diri baik-baik….Jgn risau tak tentu pasal. Ingat! Allah sebaik-baik tempat mengadu.

    Senyum Sokmo!!!

    Salam,

Leave a reply


Categories

Archives

Meta